SIBU, 23 Julai 2022: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg bersama anaknya, Dayang Norjihan meluangkan masa bersarapan di Pasar Sentral Sibu pagi ini.
Seawal jam 8.15 pagi itu, beliau beramah mesra dan menyantuni peniaga-peniaga di pusat perniagaan tersebut, sekali gus menikmati pelbagai juadah istimewa Sibu seperti pulut panggang, kuih lenggang , mee kampua dan sebagainya.
Hadir sama adalah Menteri Pelancongan Sarawak, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Annuar Rapaee, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, Temenggong Datuk Vincent Lau, Pemanca Datuk Jason Tai serta yang lain.
Malam ini, beliau dijangka menyempurnakan majlis penutupan Borneo Cultural Festival 2022 di Dataran Tun Tuanku Bujang.
Sumber dari : Sarawakku